PILIHAN RAYA
MAKSUD PILIHAN RAYA
· Pilihan raya ialah satu makanisme
untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokrasinya untuk
menentukan kerajaan baik diperingkat persekutuan ataupun negeri
· Pilihan raya juga merupakan satu
proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah di peringkat negeri
mahupun persekutuan
· Pemilihan ini dilakukan secara sulit
dan ketelusan penggundian melalui prosedur yang kemas dan teratur
· Pengiraan undi dilakukan secara
terbuka
· Calon yang mendapat undi terbanyak
dikira sebagai menangi. Kemenangan tetap dikira walaupum dengan majority mudah
· Pilihan raya adalahn satu ciri
penting dalam system demokrasi berparlime di Malaysia
SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Ø Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya
persekutuan yang pertama di tanah melayu telah diadakan
Ø ANTARA PARTI YANG MENGAMBIL BAHAGIAN:
· Parti Perikatan (52 kerusi)
· Parti Negara (Dato Onn) (33 orang
calon)
· Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) (11
orang)
· Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak,
Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu
Ø Parti Perikatan memenangi 51 daripada
52 buah kerusi yang dipertandingkan. Sebuah kerusi dimenangi oleh PAS
Ø Pilihan Raya Persekutuan telah
memulakan era baharu dalam perkembangan politik di Malaysia
Ø Dalam system demokrasi berparlimen,
rakyat penentu kepada pembentukan kerajaan melalui Pilihan Raya
Ø Diadakan 5 tahun sekali
Ø Untuk memilih wakil parlimen
menerajui negara dan memilih wakil dewan undangan negeri untuk mengetuai
kerajaan negeri
Ø Dalam keadaan tertentu, YDPA boleh
mengarahkan supaya pilihan raya diadakan lebih awal dari tarikh sebenar
Ø Sekiranya YDPA membubarkan parlimen,
pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen
dan dewan undangan negeri
Ø Sabah dan Sarawak tempohnya lebih
panjang iaitu 90 hari kerana ramai antara pendudukan yang tinggal dikawasan
pendalaman
FUNGSI PILIHAN RAYA
· Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
· Mengekalkan pucuk kepimpinan
· Memberi peluang kepada rakyat untuk
memilih dan menukar pucuk pimpinan
· Pemilihan calon bagi mengisi jawatan
tertinggi kerajaan
· Meneruskan legasi negara demokrasi
berparlimen
· Menguatkan kestabilan dan legitimasi
dalam sesebuah organisasi dan komuniti politik
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA
v Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
(Election Commssion of Malaysia) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia,
mengelola dan bertanggungjawab dalam urusan Pilihan Raya di Malaysia
v Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
v Pilihan Raya Kecil jika ada berlaku
kekosongan
v Ditubuhkan pada 4 September 1957
KEANGGOTAAN SPR
· Semasa penubuhan, SPR diangotai oleh
seorang pengerusi dan dua orang ahli
· Penubuhan Malaysia 1963, bilangan
ahli SPR bertambah kepada 3 orang berasal daripada Sabah atau Sarawak dan
dilantik secara bergilir-gilir
· Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari
Sarawak ahli pertama yang mewakili kedua-dua negeri berkenaan
· Tahun 1981, pindaan ke atas perkara
114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang
timbalan pengerusi
· Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan
merupakan orang pertama yang mengisi jawatan timbalan pengerusi
· 2002, pindaan kepada perlembagaan
diluluskan bagi menambah keanggotaaan SPR menjadi 7 orang
Ø Pengerusi
Ø Timbalan Pengerusi
Ø 5 orang ahli termasuk seorang dari
Sabah dan seorang dari Sarawak
· Ahli SPR dilantik oleh YDPA selepas
berunding dengan Majlis Raja-Raja
· Syarat kelayakan Ahli SPR:
Ø Berumur tidak lebih daripada 65 tahun
Ø Seorang yang tidak muflis
Ø Tidak memegang jawatan bergaji yang
lain
Ø Bukan mana-mana ahli politik dari
mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
· Suruhanjaya ini membentuk sebuah urus
setia yang diketuai oleh seorang setiausaha
· SPR merupakan sebuah badan yang bebas
daripada pengaruh politik
· Setiausaha berperanan sebagai Ketua
Pentadbir dan Ketua Eksekutif urus setia dibantu sekumpulan kakitangan awam
· Urus setia SPR diwajibkan mengikut
garis panduan dan dasar-dasar SPR
· SPR menubuhkan cawangan dikenali
sebagai pejabat pilihan raya negeri disetiap negeri negeri kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan
· Setiausaha yang pertama Encik H.
Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957-1958
· SPR termaktub dalam perkara 113-120
perlembagaan persekutuan berperanan menyelia dan menjalankan proses demokrasi
negara melalui pilihan raya yang adil dan bersatu
FUNGSI SURUHANJAYA
PILIHAN RAYA
Ø Menjalankan urusan pendaftaran
pemilih dan penyemakan daftar pemilih
Ø Menjalankan pilihan raya umum dan
pilihan raya kecil
Ø Mendaftarkan calon-calon yang
bertanding dan memastikan calon-calon menemui kriteria dan kelayakan yang
diperlukan
Ø Mengkaji dan membuat persempadanan
bahagian-bahagian pilihan raya
SISTEM PILIHAN RAYA
· Tahun 1957, Malaysia mengenalkan
system politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majority
kerusi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan
Persekutuan atau Negeri
· Sistem yang digunakan
“First-Past-The-Post-System”
· Beberapa undang-undang dan peraturan
telah digubalkan:
Ø Perlembagaan Persekutuan
Ø Perlembagaan Negeri
Ø Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19)
Ø Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954
(Akta 5)
Ø Peraturan-peraturan (Perjalanan
Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981
Ø Peraturan-peraturan (Pendaftaran
Pemilih) Pilihan Raya 2002
Ø Peraturan-peraturan (mengundi melalui
Pos) Pilihan Raya 2003
· Tidak mempunyai kaitan secara
langsung dengan proses pilihan raya tetapi memainkan peranan dalam kelancaran
perjalanan pilihan raya
Ø Akta Polis 1962
Ø Akta Hasutan 1970
Ø Akta Rahsia Rasmi 1972
Ø Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
BILANGAN KERUSI/KAWASAN
· Seseorang calon dipilih untuk
mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri
· Sehingga kini terdapat 222 kerusi
Dewan Rakya (Parlimen)
· 576 kerusi Dewan Undangan Negeri
PERSEMPADANAN SEMULA
BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
· Sebahagian daripada fungsi utamanya,
SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian Pilihan Raya Parlimen
dan Negeri
· SPR perlu menjalankan kajian ini
setiap tidak kurang daripada 8 tahun
PENDAFTARAN PEMILIH
· Elemen penting dalam system pilihan
raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan SPR
· Sebelum dia boleh mengundi dalam
pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
· Syarat layak mendaftar sebagai
pengundi:
Ø Seorang warganegara Malaysia
Ø Berumur tidak kurang daripada 21
tahun pada tarikh kelayakan
Ø Seorang penduduk dimana-mana bahagian
pilihan raya di Malaysia
Ø Tidak hilang kelayakan
SEMAKAN DAFTAR SEMULA
· Dijalankan sepanjang tahun seperti
diperuntukkan dalan undang-undang
· Daftar-daftar pemilih baharu
disediakan setiap tiga bulan sekali
· Pendaftaran tersebut dipamerkan
selama 7 hari bagi tujuan tuntutan dan bantahan
· Setelah mempertimbangaan tuntutan dan
bantahan melalui siasatan awam
· Daftar pemilih tahun berkenanaan akan
disahkan oleh Suruhanjaya dalam tempoh sebulan
· Semasa semakan daftar induk,
nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan sudah hilang kelayakan akan
dikeluarkan daripada daftar berkenanaan
KELAYAKAN CALON
· Calon yang bertanding lebih mewakili
sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas
· Syarat-syarat untuk menjadi calon:
Ø Warganegara Malaysia dan bermastautin
dinegara ini
Ø Berumur tidak kurang daripada 21
tahun pada hari penamaan calon
Ø Tinggal dinegeri dimana dia akan
bertanding
· Seorang calon yang akan hilang
kelayakannya sekiranya:
Ø Telah didapati atau diistiharkan
tidak siuman
Ø Bankrap
Ø Memegang jawatan berkepentingan
office di profit
Ø Gagal dalam mengemukan laporan
perbelanjaan pilihan raya
Ø Telah didapati bersalah di mahkamah
di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara dalam tempoh tidak kurang dari setahun
atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan
Ø Telah memperoleh kewarganegaraan
asing
PERMULAAN PILIHAN RAYA DAN PROSES
PENAMAAN CALON
· Pilihan raya untuk dewan rakyat dan
dewan undangan negeri diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun. Kecuali jika dewan
dibubarkan lebih awal
· Pilihan Raya Umum diadakan dalam
tempoh 60 hari selepas tarikh perbubaran
· Pilihan Raya Kecil juga diadakan
dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan disebabkan:
Ø Kematian
Ø Peletakkan jawatan
Ø Seseorang ahli dewan rakyat atau
dewan undangan negeri itu hilang kelayakan
· Tarikh kekosongan kerusi akan
ditetapkan oleh SPR
· Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya
Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada pengawai
pengurus
· Pada masa yang sama, satu notis akan
diwartakan untuk menetapkan tarikh-tarikh haru penamaan calon dan hari mengundi
· Hari penamaan calon merujuk kepada
hari yang telah ditetapkan oleh SPR bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas
penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada pengawai pengurus
· Kertas-kertas penamaan calon boleh
dikemukakan oleh:
Ø Calon
Ø Pencadang
Ø Penyokong
Ø Salah seorang daripada mereka
· Antara jam 9 pagi hingga 10 pagi pada
hari penamaan
· Akan dipamerkan dari 10 pagi hingga
11 pagi untuk diteliti dan menerima sebarang bantahan
· Dalam kes dimana seorang calon sahaja
yang dicadangkan pengawai pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa
bertanding
DEPOSIT
· Wang deposit berjumlah RM10000 bagi
kerusi Parlimen
· RM5000 bagi kerus Negeri
· Perlu diserahkan kepada pengawai
pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon
· Calon akan hilang wang deposit jika
gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh semua calon yang bertanding
dalam sesuatu bahagian pilihan raya
PENGGUNAAN SIMBOL
· Seseorang calon yang mewakili sesuatu
parti politik boleh menggunakan symbol parti jika dia mendapat kebenaran
bertulis dari ketua parti
· Calon-calon bebas perlu memilih
mana-mana simbol yang telah disediakan oleh SPR untuk dicetak pada
kertas-kertas undi
KEMPEN
· SPR telah merangka
peraturan-peraturan khas untuk berkempen seperti:
Ø Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan)
2002
· Kempen dimulai selepas proses
penamaan calon dan mesti diberhentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari
mengundi
· SPR mempunyai kuasa untuk melantik
pengawai penguat kuasa dam membentuk pasukan-pasukan di setiap bahagian pilihan
raya parlimen jika diperlukan
· Dianggotai oleh:
Ø Pengawai penguatkuasa
Ø Seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis
Daerah
Ø Seorang wakil dari pihak berkuasa
tempatan
Ø Seorang wakil tiap-tiap parti
· Pengawai penguat kuasa
bertanggungjawab kepada pengawai pengurus
· Tugas pasukan adalah untuk memantau
bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum. Supaya
peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar
· SPR menubuhkan jabatan kuasa pada
peringkat pusat/ negeri/bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik,
calon-calon atau agen-agen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan
peraturan pilihan raya
· Kempen pilihan raya melibatkan:
Ø Pengedaran risalah dan surat
Ø Poster
Ø Ceramah tertutup dan ceramah umum
Ø Kempen dari rumah ke rumah
· Parti-parti politik dibenarkan
membentangkan dan menjelaskan manifesto masing-masing
· Boleh menggunakan media elektronik
· Deposit dipulangkan jika calon-calon
menanggalkan poster, sepanduk dan sebagainya dalam tempoh 14 hari selepas hari
mengundi
· Dalam tempoh berkempen, polis akan
mengeluarkan garis-garis panduan kepada calon-calon yang bertanding
HARI MENGUNDI
· Hari mengundi adalah hari pemilih
membuang undi
· Hari mengundi bermula dari selepas
jam 12 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya
· Waktu membuang undi 8 pagi hingga 5
petang
· Kawasan pendalaman unit-unit bergerak
digunakan waktu mengundi berbeza
· SPR akan mengeluarkan notis tentang:
Ø Tarikh mengundi
Ø Lokasi mengundi
Ø Waktu mengundi disemua lokasi
mengundi
Ø Lokasi pusat pengiraan dan
penjumlahan undi
· Setiap tempat menggundi mempunyai
seorang ketua tempat mengundi yang mengawal selia proses pengundian dibantu
oleh kerana pengundi dan kerana mengira undi
BARUNG SPR
· Melarang calon daripada mendirikan
pondok dimana pusat mengundi dikawasan tempat calon itu bertanding
· Parti-parti politik dibenarkan untuk
mengadakan bilik operasi. Pondok itu terletak diluar jarak 50 meter dari pusat
mengundi
· SPR akan mendirikan barung SPR di
pusat mengundi
· Tujuan barung-barung ini didirikan
adalah untuk membantu pemilih-pemilih menyemak nombor siri mereka dan saluran
supaya pengundian berjalan dengan teratur
KEBENARAN UNTUK MEMASUKI TEMPAT
MENGUNDI
· Pemilih-pemilih yang nama terdapat
didalam daftar pemilih sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi
· Kad pengenalan pemilih digunakan
sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan di tempat mengundi
· Hanya pegawai-pegawai yang berikut
dibenarkan memasuki tempat menggundi:
Ø Ahli dan pegawai suruhanjaya pilihan
raya
Ø Ketua tempat mengundi dan
kakitangannya
Ø Calon-calon dan wakil calon
Ø Agen-agen mengundi dana gen menggira
undi
Ø Mereka yang dibenarkan oleh SPR
CARA-CARA MENGUNDI
· Seorang pemilih hanya boleh memangkah
seorang calon
· Dengan menandakan “X” bersebelahan
nama calon yang dipilih
· Selepas menandakan kertas, pengundi
perlu melipatkannya mengikut garisan di kertas undi
· Memasukkan ke dalam peti undi yang
disediakan
· Jika pilihan raya serentak mestilah
dimasukkan berasingan yang telah ditandakan dengan sama ada “PARLIMEN” dan
“NEGERI”
UNDI POS
· Undi pos dihantar dengan pos seawal
yang mungkin kepada pemilih yang layak mengundi melalui pos
· Mesti sampai kepada pengawai pengurus
selewat-lewatnya 5 petang pada hari mengundi
· Prosedur-prosedur yang lengkap telah
disediakan bagi menjaga kerahsiaan undi
PENGIRAAN DAN
PENJUMLAHAN UNDI
· Pengiraan dijalankan oleh ketua
tempat undi atau disebuah pusat pengiraan undi
· Semasa undi dikira. Yang dibenarkan
sahaja ialah:
Ø Ahli-ahli dan pengawai SPR
Ø Pengawai yang dilantik SPR
Ø Kerani mengira undi
Ø Calon, wakil, agen mengira undi
· Ejen-ejen calon untuk memastikan
pengiraan undi dijalankan mengikut proses yang betul
· Memastikan urusan pengiraan undi itu
betul, adil dan telus
· Selesai pengiraan undi, keputusan
pengundian akan dikemukakan kepada pengawai pengurus
· Pengawai pengurus akan
mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih
PETISYEN PILIHAN RAYA
· Keputusan pilihan raya boleh dicabar
di mahkamah. Petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:
Ø Sogokan/peras ugut atau sebarang
salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya
Ø Ketidakpatuhan undang-undang dan
peraturan pilihan raya oleh mana-mana pihak
Ø Perbuatan rasuah atau perbuatan
menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh calon dan ejen-ejen
Ø Calon atau ejen didapati tidak layak menyertai
pilihan raya
· Petisyen mesti dikemukakan kepada
mahkamah tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya
disyorkan dalam warta
· Selepas pembicaraan, jika hakim
memutuskan bahawa pilihan raya terbatal
· SPR akan mengeluarkan notis pilihan
raya baharu akan diadakan
PENYATA PERBELANJAAN PILIHAN RAYA
· Seseorang calon boleh membelanjakan
wang bagi pilihan raya, tetapi tidak boleh melebihi:
Ø RM 200000 bagi Dewan Rakyat
Ø RM 100000 bagi Dewan Undangan Negeri
· Laporan perbelanjaan mestilah dihantar
kepada pengarah pilihan raya negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh
keputusan pilihan raya disyorkan dalam warta
· Kegagalan dalam mengemukakannya dalam
tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan di bawah akta kesalahan pilihan
raya 1954
PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN
· Satu aspek penting ialah penyimpanan
kertas-kertas undid an dokumen-dokumen lain yang berkaitan
· Dokumen ini mestilah disimpan didalam
peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon
· Peti-peti khas ini akan disimpan
selama 6 bulan dibawah penjagaan pengawai pengurus
· Pengarah pilihan raya negeri akan
menyimpan daftar pemilih bagi menjamin kerahsiaan undi
· Peti hanya boleh dibuka atas arahan
Hakim Mahkamah Tinggi, jika ada kes petisyen
· Selepas 6 bulan, pengawai pengurus
(arahan SPR) akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen berkenaan
· Pengawai pengurus akan mengemukan
sijil pelupusan kepada pengarah pilihan raya
No comments:
Post a Comment